27 Ogos 2012 - 13:30

Bekas Timbalan Menteri Luar Mesir menyatakan bahawa hubungan antara Iran dan Mesir sangat strategik. Beliau menegaskan, "Presiden Mesir faham betapa pentingnya perjalanan beliau ke Iran."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Abdullah al-Ash'al, Bekas Timbalan Menteri Luar Mesir berkata, "Dalam pertemuan terakhir saya dengan Presiden Mesir Muhammad Mursi, beliau percaya perjalanannya ke Iran sangat penting."

Dalam perbualan telefon Abdullah al-Ash'al bersama saluran satelit al-Nil al-Akhbar, beliau berkata, "Presiden Republik Mesir faham betapa pentingnya perjalanan beliau ke Iran untuk menyertai persidangan NAM."

"Hubungan dengan Iran sangat strategik, namun Presiden Mesir tidak sepatutnya melepaskan sesuatu dengan makna Mesir perlu adakan hubungan baik dengan Amerika, negara-negara Teluk dan Iran."